<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1360041426873233189\x26blogName\x3dFaa+Stories\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://faarxh.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://faarxh.blogspot.com/\x26vt\x3d2033940488993577624', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Beijing , China
December 13, 2012 3:14 AM

hi assalamualaikum blogger , 

sory late update post for my holidayy. its quiet busy and lazy. hihi . so fa pun tak tahu nak tulis ape . ni gambar time pergi sana.fa tak banyak sangat tangkap gambar tau sebab tangan fa beku. tak larat nak tangkap sejuk gilaa . and btw fa rasa this place are suitable for orang Malaysia untuk orang Malaysia because kita boleh merasa cuaca sejuk kat sana . then korang nak communicate dengan orang Cina sana senang sebab kebanyakkan orang Cina sana pandai cakap Melayu tauu. so jangan terkejut . and time fa pergi sana ritu , ramai orang Malaysia bercuti kat sana. memang ramai sangat-sangat. and please beware eh , takut kena tipu . fa dah kene kot. :/

and dekat China susah nak cari Wifi tauu . and kalau ada wifi pun kita tak leh buka Facebook and Twitter . diorang dah block app tu . so orang cina dekat sana semua takda fb and twitter . and one more thing , dekat sana cepat malam . nie waktu solat dekat sana ; subuh - 5.34 - 7.07 , zohor - 12.01 , asar - 2.34 , maghrib - 4.54 , isyak - 6.23 ptg. and beijing ni ada berapa juta penduduk ntah . setiap hari jem gila dri pukul 5 pagi sampai lah malam! gambar dekat bawah nie kurang sikit sesak sebab dah pukul 8 pagi . kalau pukul 5 pagi dengan sesak nya and dengan bising bunyi hon nyaa -,-







okay , so nie time pagi . if im not mistaken pukul 855 a.m. this photo taken from my room . sejuk gilaa lah tapi best :)


so nie gambar fa and atuk fa. handsome kan ? ayah atuk fa cina , tu nampak mcm cina. ramai oarang cina sana cakap cina dengan dia. HAHAHA 













okay , so nie restoran yang kiteorang pergi . nie lah yang kiteorang makan hari-hari. walaupun setiap hari pergi restoran yang berlainan but semua resepinya sama. haha lol. tapi memang susah nak telan masakan diorang . sumpah tak sedap. haha. berat fa time tu 49kg , balik jee tinggal 46kg. haha . hari hari makan maggi tauuu . pagi and malam makan maggi.

okay tentang makanan dia , nasi dia bagi fa tak sedap. its like nasi pulut tau. then diorang ni makan dalam piring kecil-kecil tu. telur dadar dia memang berbeza rasa dengan kita punya. kita punya sedap gila-gila telur dadar dia tak ada rasa apa-apa. then if korang makan masakan dia yang ada kuah kan , memang tak boleh masuk lahkan. idk kenapa masakan dia rasa macam nak muntah seriouslyy. maybe sebab sos yang digunakan tu yang buat masakan tu tak sedap bagi orang Malaysia ah.

SUMMER PALACE





okay , nama tempat ni Summer Palace . kat sini memang sejuk gilaa . sampai korang susah nak bernafas pakai hidung. fa bernafas guna mulut sampai terbatuk-batuk. Andika kata tasik nie yang bahagian bawah dah beku. and dia kata nanti tasik ini akan beku sepenuhnya dalam bulan 12 and 1. and fyi , tempat masuk kat Summer Palace ini ada ramai orang jual-jual dengan harga murah. so fa nasihtkan korang jangan tergoda dengan harga murah barang kat situ sebb if korang bayar dengan duit yang perlukan baki ( i mean mcm harga barang tu 15 yuen then korang bagi 20 / 50 yuen and korang akan dapat baki duit tipu.) so korang kena berhati hati pergi sana. 

ada banyak cara nak tahu duit tu ori or tak . if korang pergi tourist tu akan bagitahu korang.tapi kalau korang nak beli jugak , its up to you but kena bagi duit betul-2 dgn harga barang tu. mcm kalau 15 yuen bagi 15 yuen je . jangan bagi 20 yuen tauuu.

MASJID



okay , ni masjid lama . fa tak thu apa nama masjid ini tapi if im not mistaken nie masjid baling lama dekat beijing . maybe 100++ tahun . tengok ukiran dia cantik-2 tau! and dekat sana banyak masjid so korang tak perlu risau lah nak sembahyang sume . tourist ni akan bawa korang setiap hari and setiap masa dengan berlainan masjid.

JADE MUSEUM














okay , nie pergi Jade museum . kat sini macam-2 jenis jade ada tapi kat sini jet China , Jet Myanmar takda kat sini . and banyak gila jade dekat sini . dia ada jual set rantai , cincin , tasbih , scroller ( untuk muka - boleh mencantikkn muka , membentuk muka and bla bla bla ). 

gambar kat atas ni yang warna hijau and pink cair tu tasbih. cantikkan ? murah jee . harga tasbih tu tak silap fa dalam 150 - 500++ yuen , so kalau duit Malaysia dalam 75 - 250 ringgit. 
and gelang sarung jet yang macam-2 warna tu mahal tau . cantik memang cantik harga dia pun cantik . satu gelang tu harga 500 yuen tu paling murah. and harga malaysia dia RM250 . 

CRYSTAL SHOP 






okay nie dekat crystal shop. idk tu kilang ke tak tapi ni memang tempat kristal . so kat sana macam-2 ada jual tau macam cincin , rantai , buah rantai , subang , sunglasses and spec tau . semua diperbuat dari kristal and harga standard ah , mahal kot. haha tahla .


and this ! buah nie sedap tau and idk apa nama buah nie. nanti kalau pergi sana beli buah nie and makan buah kat sana tau. semua segar bugar.






k ni fa dah lupa apa nama restoran ni . ni kiteorang pergi sebelum nak pergi Great Wall . restoran nie dekat je dengan Great wall and besar tau restoran nie. ada 3 tingkat . tingkat ketiga dia khas kan untuk orang Islam . ada surau sume . tapi makanan dia Ya Allah , Tuhan je lah tahu rasa makanan dia hampehh tau . tak sedap gila . fa bru makan sikit then terus muntah . so fa tak makan apaapa pun dekt situ cuma fa confuse sikit tak thulah sama ada makanan ni halal ke tak sebab time fa dah habis makan fa pergi bawah dengan abah saje jalan-2 and bawah tu tempat makanan tak halal tau mcm tempat cina makan lah. then bila tengok makanan dia sebijik macam kiteorang punya makanan. tak ke pelik tu , sama je. tapi nak buat mcm mana makan jelah .

GREAT WALL

















okay nie dekat Great Wall - Tembok Besar Cina . k tempat nie besar gila . and kebetulan time tu sejuk . 
 tempat nie besar tauu . fa cuma boleh naik sampai tingkat ke 3 jee. dia ada 7 tingkat. naik sampai tingkat ke 3 pun merangkak rangkak and turun pun mcm tu . kalau korang pergi sana memg lali ah tengok orang naik tembok ni merangkak rangkak haha. tapi best . tapi ada sorang pakcik tu dia dapat naik sampai tingkat 7 tauu , wahhh hebatkan dia ? dia kata dekat atas tu dah turun salji cuma kat bawah je belum lagi. and fyi beijing nie jarang turun salji tau . kadang kadang je turun.

Tinamen square ; Forbidden Cityy












k , nie Tinamen Square ; Forbiden City . nie fa dah lupa tempat apa tapi dataran dia besar gila tau . tempat nie function dia macam dekat Putrajaya lah . Komunis kayy . hihi . tapi kan kalau orang warganegara sana nak masuk dataran nie kene check tau . maksud fa mcam dia check beg badan sume . and banyak polis yang jaga tempat nie. kat sini jugak ada museum dan tempat Mulsetong di awetkn kot. mayat dia ada kat sini . 

so nie je gambar yang fa nak share yang lain tak boleh, hihi . hm ada banyak benda lagi yang fa tak bgithu nie. 

SILK STORE

k , then kalau nak beli baju silk or cadar silk , dia akan bawa ke silk store nie . amoi dekat sini comel-2 tauu . hihi . cuma situ je yang ada jual silk yang original tempat lain bukan takda memang ada cuma tak original kot . maybe kain satin. so dekat kilang silk tu tak banyak sangat kain yang dia jual tak bnyak pilihan tapi okay lah . fa cuma dapat beli satu pasang baju silk yang berharga 680 yuen - duit malaysia harganya RM340 . ada yang murah dlam 240 yuen kot - dalam RM 120 duit Malaysia . then dekat sana ada jual pashmina , scarft . tudung dia memang cantik gila tapi mahal lah kot . ada juga baju ready made macam blouse. cadar pun ada . cantik-2 duit Malaysia dalam 500++ . 

FRESH WATER PEARL CENTER 

okay then dia bawa pergi tempat mutiara . dia ada jual skincare product yang diperbuat dari pearl original, cincin , rantai .

TEA HOUSE

then dia bawa pergi tea house . dia bagi rasa semua teh dengan free . sedap-2 tau and amoi dekat situ memang cantik gilaaa lah . slim jehh. tapi dekat sana mahal harga teh dia. dalam 1 bekas kecil RM 100 mean 200 yuen. dia ada 4 jenis teh . ada slimming teh jugak tauu . for buang toksin and bla bla . so i got it 1. nak slim punya pasal mcm amoi dekat situ . hihi 

BURNING CREAM CENTER 


burning cream

essence silk protein


nie tempat jual ubat kot . product yang paling popular kat sini adalah burning cream dia. amatlah bagus . tapi harga beratus jugak satu . so fa ada beli burning cream tu satu then fa beli essence silk protein dia untuk muka yang berharga RM240 - 480 yuen . 

SHOPPING 

okay untuk shopping pula , memang best shopping kat sini . ada satu supermarket tu fa tak thu apa nama dia but memang best lah. fa tak thu ada berapa tingkat tapi memang besar . tingkat satu - semua jual baju , tingkat dua kasut & beg , tingkat 3 - elektronik . tapi harga memang dia letak gila-2 punya . mcam 1000++ yuen tapi korang kena tawar sampai murah. fa ada beli satu baju tu harga dia letak 1500 yuen then tawar dapat 150 yuen . hahaha tengok banyak tak bezanya tu ? then cina perempuan dekat sana ganas-2 tauu . menakutkan! tanya sesuatu barang tu jika nak beli klau tak jangan ! sebab dia akan paksa and tarik-2 kita beli. 

and kalau ada sesiapa yang minat barang local i mean barang tiruan jenama macam Coach , Burberry , Prada , LV and bla bla bla banyak gila dekat sini . so korang boleh beli dengan banyak tapi mesti kena pandai tawar ! and one more thing shopping complex dia nie jual baju ikut musim tau . masa fa pergi tu semua jual baju sejuk jee . so tk shopping sangat ah.

okay fa rasa sampai sini saja . dah penat ha tulis panjang lebar . do follow my blog kayy. and sory lambat update . and kepada sesiapa yang nak melancong tu , i recommend this place k . tak terlalu mahal sangat pergi sana and best! kalau nak holiday cuba pilih musim yang takda dekat Malaysia mcm musim luruh / sejuk / bunga k :) k bye night

Labels: , , ,



« »